Friday, 31 January 2014

Gotong-royong

Assalamualaikum...

Hari ni gotong-royong bersihkan rumah.Geng laki-laki bersihkan rumah di taman kempas.Buang tahi anjing di porch.XD Saya pula bersihkan porch di taman merbau.Banyak PEKAT-PEKAT yang perlu dibersihkan.Pastu main air selepas bersihkan porch.Tak ada kerja.

Terlupa pula,tadi Abbey(kucing Airul) panjat pokok pastu tak reti nak turun.Teruk tul.Orang nak tolong Abbey tak bagi.Nasib baik dapat turun akhirnya.

o--o Tu jelah.Pagi-pagi macam ni mana ada banyak cerita.Good bye.^___^

Tahun baru cina & Hari Lahir

Assalamualaikum.
 Hari ini tahun baru cina.Saya ingin ucapkan selamat tahun baru cina bagi orang yang menyambutnya.
Selain daripada tahun baru cina,hari ini hari lahir kawan saya.Nama dia Saiyidah tapi panggil dia Syidah(Kicap/kak Ton).Esok 1 Februari.Ada 4 minggu dalam bulan itu.Hebatkan!?

alyairdina15.blogspot.com -ni blog kawan kita.Alya Irdina.Dia promote blog kita,jadi kita promote blog dia balik.Bak kata pepatah yang direka oleh saya,"Promote blog dibalas promote blog."Merapukan?

Baiklah,itu saja.Selamat tinggal.

Thursday, 30 January 2014

Tiada tajuk ^_^

Assalammualaikum.
 Semenjak dua hari ini,saya kemaruk frozen.Sekarang saya tengah dengar lagu frozen.Lagu dalam blog pun lagu dari frozen
 Cuba bayangkan,anda ada kuasa macam Elsa.(Gambar atas)Kalau aku,aku tukarkan Changlun jadi tempat yang ada salji.Kelas aku pun tukarkan jadi tempat bersalji.(tak nak tukar satu sekolah jadi tempat bersalji.Kalau kelas saya sahaja ada salji,mestilah kelas saya popular.(kelas saya memang dah popular disebabkan kebisinganya)
 Anna
 Pastu waktu petang,ada gosip tersebar bahawa kelas 4D ada hantu.Tapi Shasha kata tu sawang je.Ramai orang report kat ustazah.Ustazah buat relax je -__-

 Pastu masa tunggu cikgu datang,saya berbual-bual sejekap.

 Saya:Ada sorang budak perempuan tu,dia nak ambik buku dia yang tertinggal.
Umi:Dekat mana?
Saya:Asrama.
Syifa:Jangan cerita.Aku nak masuk asrama.
Aisyah:Hotel.
Umi:Tak nak.Aku nak bercuti tahun depan.
Syifa:Rumah.
Umi:LAgilah tak nak.
Saya:Senang!!Di satu tempat.(Marah tahap maksimum
Aisyah:OK,sambung.

 Selepas bercerita,Umi kata macam ni "Tu lah,Allah nak bagi macam tu.Lain kali,jangan tinggal buku."Rasa macam nak ketuk je kepala dia.

 Dah lah,tu je nak cerita.Selamat tahun baru cina.

Monday, 27 January 2014

A,B,C............

Assalammualaikum,
 Hari dapat kertas ujian.BM penulisan aku dapat 55%.TIDAK!!!!!!!!!!!!!! :'''''( BM pemahaman dan sains dapat 80% Matematik pula dapat 73% rasanya.English tak dapat lagi.-____- Takut gagal.

Pastu waktu balik,Wan Aisyah dan Alya suruh follow mereka.Macam mana aku nak follow mereka jika mereka tidak bagitau nama blog mereka.>:( Teruk tul....

Baiklah,itu jelah.Assalammualaikum.

Saturday, 18 January 2014

Sabtu yang......

Assalamualaikum.

 Hari ni kita pergi giant.Jumpa rak buku dan almari yang sangat cantik.Rak buku tu harganya RM114.95.Almari tu tak dengan harga dia.Nak beli untuk bilik idaman kita.Nak tukar tema black white jadi blink(blue+pink)Pastu tadi tak ada elektrik sebab ayah kami.Dia nak betulkan lampu bilik air tetapi akhirnyaelektrik terputus.-______-

 Esok cuti lagi.Nak sambut hari keputeraan negeri Kedah Darul Aman.Esok nak beli uniform TKSR dan PBSM.Adik aku boleh ke jaga uniform PBSM yang putih tu.Adik aku bukannya reti jaga baju pun-______________________-

 Baiklah,kita nak tengok fb pula.Assalammualaikum. >_<

Friday, 17 January 2014

Pensel Kontot 2014

Assalamualaikum.

 Hari ini nak cakap tentang penselkontot.com.Kita suka laman web ini.Thanks kepada Alya kerana mempromosikan laman web ini.Pensel kontot ni laman web himpunan penulis novel.2013 kita mengikuti novel dia,first love saya.Tetapi tahun 2014,saya akan mengikuti siri the dream catcher.Saya rasa setiap tahun,mereka membuang cerpen lama dan tukar penulis.Tapi kita nak tahu penamat teh tarik dan kimchi.Saya tidak sempat baca episod akhir. :V

Ok,itu jelah.Jangan lupa like pensel kontot punya facebook. ;)

Thursday, 16 January 2014

Rabu Khamis

Assalamualaikum!!!!!!

 Kelmarin kami dilantik sebagai AJK Tahun 5 dalam TKSR!Akhirnya,saya dapat jawatan di dalam sekolah.Saya tidak pernah pegang jawatan apa-apa ketika berada di tahap 2. :'(

 Tadi kawan kita,farah pengsan.Sian dia,ramai yang melawat dia.Pastu keadaan jadi kecoh apabila ada budak datang.Dia kata dia terpotong jari.O_O Saya yang bukan kelab doktor muda menyibuk nak tolong.XD Semua yang ada kat bilik rawatan doktor muda.

 Cik Sha suruh kita ambik plaster dalam beg dia.(Dia membawa plaster kerana dia mahu bantuan.Dia takut tengok darah.).Bila keluar bilik rawatan terus bunyi loceng.Cik pun dengan sepantas kilat pi kat kelas.

 Masa sampai kat kelas tu,Aini tanya kenapa.Aku tak jawab.Kata ada kecemasan.Lepas ambil plaster terus berlari turun ke bilik rawatan.Dahaga gila. :'p Pastu kena naik kelas balik.-_- Nasib baik sir tak datang lagi.

 Ok,goodbye.^-^

Tuesday, 14 January 2014

Cori & memasak dan Salam Maulidur Rasul.

Assalamualaikum,cori sebab lama tak tulis blog.Kalau korang nak tau,cori tu maksudnya sorry.Cik dah biasa dah cakap cori.>_>

 Hari ini umat islam menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W.11 Rabiulawal tahun gajah Nabi Muhammad S.A.W telah lahir.Kita harus selawat kepada nabi Muhammad S.A.W.

Tadi kita masak ayam kicap.Sedap.>__< Rasa masinnya menambahkan lagi sedapnya.Dengan lobak merah yang menghiasi mangkuk ayam kicap.Ok,itu jelah.

Good bye