Tuesday, 25 March 2014

Paris

Assalamualaikum.Hari ni nak cerita tentang pengalaman saya pergi Paris.
 Berada di perut kapal terbang dalam masa yang sangat lama.Sesampainya di Paris,terus pergi ke hotel.Hotel itu bertemakan lautan.Sangat cantik.Ada kapal lanun,ikan,ikan duyung,sotong,jerung dan banyak lagi.

Masa masuk bilik,saya terfikir,berapa bintang hotel ini?Bilik itu sangat besar.3 katil bujang,sebuah katil 2 tingkat,2 televisyen dan bilik air yang besar.Macam tak percaya ada bilik macam tu.Tapi yang tidak menariknya,cerita kat TV asyik tunjuk naruto je.........

Keesokkan harinya,pergi Eiffel Tower!Tinggi gila menara tu.Lepas tu,tangkap gambar.Saya menangis.Kenapa?Sebab tak mahu tangkap gambar.Teruk betul.Pastu jalan-jalan,jumpa pelukis jalanan.Lukis muka kami.Bolehlah lukisan dia.Kami masih simpan lagi lukisan itu.
Hari ke-2,pergi disneyland.Best!!!!Mula-mula pergi istana puteri Aurora.Pastu tengok perarakan,jumpa mickey mouse dan minie mouse.Comel.Lepas jumpa dua tikus itu,pergi wonderland.Naik macam-macam.

Selepas jalan-jalan di wonderland,pergi makan sebentar lalu tengok wayang 3D.Syok gila!!Macam nak tengok lagi.Waktu malam pula,ada persembahan bunga api.Menangis lagi sebab takut melihat bunga api.(Sekarang tidak takut)Lepas tu,balik ke hotel dan tidur dengan lenanya.

Hari terakhir,kemas barang dan mengambil gambar untuk kali terakhir di Paris.Sedihnya.Apabila kapal terbang berlepas,saya hanya memerhatikan Paris yang semakin lama semakan kecil.

Itulah kisah kami di Paris selama 3 hari ketika berumur 4 tahun.Sekarang ni nak tanya,siapa nak saya cerita tentang kisah saya di London?

Selamat tinggal!

Monday, 24 March 2014

HERO MAHU SAIZ M

Assalammualaikum
 Hari ini rasa seronok.Kenapa?Sebab dapat beli hero mahu saiz M.

Hari tu pergi popular.Jumpa mr.right berkopiah dulu.Pastu terus terkam buku tu.Tapi,kami lihat rak yang lain juga.Jumpa hero mahu saiz M.Letak buku mr.right ambil buku hero pula.Pastu bayar.Habis cerita.

Yang benar,

Afiqah

Saturday, 22 March 2014

BOSAN

Assalammualaikum......

 Hari ini rasa sangat bosan.Setiap kali cuti,bosan sentiasa berada di sisiku.TV tak ada cerita menarik,asyik ulang sahaja cerita yang sama.Buka facebook tak ada cerita menarik.Buka blog orang,tak ada entri baru.......buka pensel kontot,episode baru tak keluar lagi.....Hmmmmmmm,yang hanya mampu buat,buka youtube dan dengar lagu atau movie.

Baiklah,itu saja sebab rasa bosan sangat.

Thursday, 6 March 2014

EDIT-EDIT BLOG

Hai,hari ini tak banyak cerita.Sebenarnya banyak cerita,tetapi malas nak cerita.Saya cuma hendak beritahu bahawa saya akan edit blog ini.Saja nak bagi lagi cantik. ^__^ Baiklah,nak sambung edit blog.Selamat tinggal

ps:Back to top button tu rosak.