Friday, 20 February 2015

Eh,Gatalnya!!Meluat Dibuatnya....

Assalamualaikum!Apa khabar semua yang singgah blog Fiqah ni?Harap-harap semua sihat. Hari ini Fiqah hendak cerita tentang....IKHTILAT kat sekolah Fiqah.

Sunday, 15 February 2015

Bosan Bosan Bosan.....

 Aku membuka fb,tiada langsung cerita menarik.Kawan-kawan semua tak online.Hanya ada budak lelaki sahaja.Fuh,aku membuka blog pula.Tiada entri terbaharu daripada kawan-kawan.Selepas itu,ku menaip www.youtube.com.Aku menonton video yang sama berulang kali.Ini semua disebabkan kebosanan.

 Kelmarin,aku tonton Big Hero 6,hari ini hendak tonton Maleficent.Aku menutup laptop dan membuka TV pula.Cerita yang sama.Fuh,bosan betul cuti kali ini.Ingatkan seronok dapat keluar dari asrama.Tetapi,sangkaan ku meleset.Aku dilanda bosan yang teramat.

 Kerja sekolah hampir siap,tetapi ku berasa amat malas untuk menyiapkannya.Tiada semangat.Hendak main dengan kucingku,dia sedang tidur dengan nyenyaknya.Kalau hendak tidur,tidak boleh juga.Tidak ada rasa mengantuk.

 Aku menuju ke dapur pula.Dibuka peti ais yang tidak beberapa besar itu.Aku mengambil sebiji macaron dan beberapa biji coklat.Lantas aku makan sehiingga habis.Aku mengambil 6 keping buskut pula.Aku menyumbat satu per satu dalam mulutku.

 Argh,ingin saja aku menjerit.Ingin hilangkan rasa bosan dengan apa?Tidur,makan,baca buku semua telah dibuat.Rasa bosan ini masih tidak boleh hilang.

TAMAT.

Friday, 13 February 2015